![]() ![]() Monday, 16 December 2013 • 10:11 • 0 comments ![]()
Manusia selalu akan ingat, seseorang yang selalu memberi nasihat adalah orang yang kurang masalah dalam hidupnya. Seseorang yang tidak selalu dihimpit dengan bermacam masalah yang datang dari pelbagai arah. Seseorang yang boleh dikatakan tidak pernah dirundung duka.
Pandangan mata memang selalu mentafsirkan sekali sahaja. Otak akan ligat berfikir lalu merakamnya begitu dan begini mengikut sangkaan tanpa perlu didiagnosis.
Atau mungkin juga, bagi orang yang down apabila masalah menimpa sehingga melihat orang lain sebagai sangat bertuah. Tidak seperti dirinya yang bagaikan dihempap batu besar dan berasa dunianya gelap semata.
Masa dalam keadaan seperti inilah biasanya dia lebih merendah-rendahkan diri sendiri sebenarnya. Masa dalam keadaan beginilah, dia seakan-akan lupa bahawa semua yang terjadi ada pengaturnya. Padahal kadangkala ada perkara yang menghimpit itu sebenarnya berpunca daripada perbuatan sendiri.
![]()
|
TUAN TANAH KEDAUNG
![]() MUSIC PLAYER
FOLLOWERS ![]() FOLLOWER CODE CREDIT
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |