![]() ![]() Thursday, 26 September 2013 • 06:51 • 0 comments ![]() 2. Mencari dan memakan rezeki dari sumber yang haram. 3. Pemimpin yang mati dalam keadaan menzalimi dan menipu rakyatnya. 4. Membuat tuduhan atau fitnah terhadap seseorang mukmin pada dosa yang tidak dilakukan olehnyaa . 5. Mereka sering membuat dusta dan sentiasa berada dalam kejahatan.
6. Mereka
yang terlibat dengan arak dan berkekalan didalamnya iaitu peminum, pelayan,
penjual, pembeli, pemerah, pengupah, pengedar, dan sebagainya yang berkaitan
dengannya.
7. Anak-anak
yang derhaka terhadap kedua ibubapanya.8. Mereka yang suka membangkit-bangkitkan akan kebaikan, pertolongan dan pemberiannya. 9. Mereka yang bersifat angkuh, sombong dan tinggi diri. 10. Mereka yang memutuskan hubungan tali sillaturrahim terhadap kekeluargaan atau persaudaraan. 11. Para isteri yang meminta cerai dari suaminya tanpa ada sebab yang dibenarkan syari’e. 12. Menganggu jiran tetangganya dengan perasaan iri hati, dengki, dendam dan sebagainya. 13. Membunuh orang mukmin yang beriman dengan sengaja atau tanpa hak. 14. Mereka yang menahan dan merosakkan hak seseorang muslim dengan sengaja walaupun hanya sepotong kayu sugi. 15. Mereka yang membuat tipu helah dalam hukum hakam Allah untuk kepentingan diri sendiri. 16. Membuat penanda pada muka haiwan ataupun memukul pada mukanya. 17. Mereka yang ditugaskan sebagai pengadil (hakim) tetapi tidak menghukum dengan kebenaran atau fakta sebenar. 18. Mereka yang terlibat dengan rasuah iaitu pemberi, penerima dan juga penulisnya. 19. Lelaki atau perempuan yang membuat hubungan dengan pasangan sejenis. 20. Suami yang mendatangi isterinya dari jalan belakang (dubur). 21. Mencuri barang-barang dari kubur atau dalam kubur. 22. Orang mukmin yang tidak mengeluarkan zakat sedangkan ia mampu untuk berbuad demikian. 23. Mereka yang memakan harta riba, pemberi riba dan penulis riba. 24. Mereka yang mengejar dunia tanpa menghiraukan akhirat. 25. Mereka yang meratap, mengoyak dan mencarikkan pakaian serta mencakar muka sendiri dikala mendapat ujian atau musibah daripada Allah. 26. Isteri yang mengelakkan diri dari tidur bersama suaminya. 27. Lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki. 28. Mereka yang menyembelih bukan atas nama Allah. 29. Mereka yang memberi perlindungan kepada ahli bid’ah. 30. Mereka yang mengubah arah panduan jalan seperti rumah api dan sebagainya. 31. Mereka yang mencaci sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. 32. Mereka yang membinkan anak kepada yang bukan bapanya. 33. Mereka yang menyembunyikan panduan dan keterangan yang telah diturunkan oleh Allah. 34. Mereka yang menjadi saksi palsu atau sengaja mereka-reka fakta untuk menganiaya seseorang. 35. Menuduh wanita mukmin yang beriman lagi beramal soleh melakukan perbuatan curang. 36. Menyediakan makanan dan sajian untuk dihidangkan kepada jin dan syaitan seperti pesta puja pantai dan sebagainya. 37. Menjadikan rumah-rumah Allah sebagai tempat untuk kepentingan diri atau memerangi agamanya. 38. Menyimpan perasaan benci dan dendam terhadap para Nabi, Rasul dan juga Malaikatnya. 39. Membunuh atau menanam bayi secara hidup-hidup kerana bimbangkan kehidupannya akan melarat atau akan menjadi miskin. 40. Mempercayai terhadap sesuatu benda itu (tahayyur) yang ia boleh menyebabkan datangnya kecelakaan ataupun kebaikan seperti sedang berjalan tiba-tiba seekor biawak melintas maka kecelakaan akan menimpa di hadapan nanti. 41. Bersumpah dengan sumpah palsu atas nama Allah untuk menguatkan hujahnya. 42. Memecah belahkan perpaduan, barisan dan Jemaah kaum muslimin. 43. Mengingkari akan sifat-sifat ketuhanan sama ada Uluhiyah ataupun Rububiyah. 44. Berprasangaka buruk terhadap Allah serta berputus asa terhadapnya terutama bila mendapat kesusahan dan kesempitan hidup. ![]()
|
TUAN TANAH KEDAUNG
![]() MUSIC PLAYER
FOLLOWERS ![]() FOLLOWER CODE CREDIT
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |