#MaaVengers ღ
S
STATUS
Hope today better than yesterday :) insyaallah .. Yahya's Daughter here >_<
Diary Princess Friends Stuff
ALLAH LARANG DEDAH AIB ORANG ..
Thursday, 24 October 2013 • 18:11 • 0 comments










Kehidupan di dunia ini satu medan untuk mencari keredhaan Allah dengan melaksanakan semua perintah_Nya dan meninggalkan larangan_Nya. Sampai ketika, semua amalan dilakukan akan dinilai untuk menerima ganjaran pahala dan balasan dosa daripada_Nya.

Firman Allah dalam surah al-Mulk, ayat 2 bermaksud : "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu : Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun (bagi orang yang bertaubat)."

Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan kesilapan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud : "Semua anak Adam itu melakukan kesalahan. Sebaik baik pelaku kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat. "(Hadis Riwayat Ahmad, at-Tarmidzi dan Ibn Majah).

Namun, ada ketika manusia lebih rela menyelamatkan diri daripada berada dalam kehinaan di depan manusia berbanding di depan Allah. Semuanya berbalik kepada iman masing-masing. Meskipun manusia sedaya upaya menutupi dosa dan kesilapannya daripada pengetahuan manusia, ia tidak akan terlepas daripada pengetahuan Allah.

Allah menjelaskan tiada sesuatu pun yang dilakukan oleh manusia akan terlepas daripada pengetahuan_Nya, walaupun sekadar gerak hati yang tiada siapa mengetahuinya, melainkan diri sendiri. Pada ayat 29 surah Al-Imran, Allah berfirman bermaksud : "Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya dan Dia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Nah, apa lagi yang kita perlukan untuk meyakinkan diri bahawa setiap perbuatan kita dalam pengetahuan Allah? Sesungguhnya manusia itu amat lemah dan tidak akan sama sekali mampu menandingi kekuasaan Allah yang Maha Hebat. Pahala dan dosa adalah perkara yang jelas. Tiada samar-samar antara perbuatan yang menatijahkan pahala dan dosa. Sesunggguhnya yang halal itu jelas dan haram itu pun jelas.

Sesungguhnya sudah menjadi fitrah semula jadi setiap muslim untuk mengetahui setiap sesuatu yang mendatangkan pahala mahupun dosa, Al-Quran dan hadis menjelaskan kedua-dua perkara ini. Cuma yang mencelarukan pahala dan dosa adalah kejahilan yang ditambah dengan godaan syaitan.

Oleh itu, kita dapat ada dalam kalangan orang islam yang berasa selesa berada dalam keadaan dosa. Mereka lupa tujuan utama diciptakan di dunia iaitu untuk tunduk beribadah kepada Allah. Firman Allah bermaksud : "Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku." (surah az-Zariyat ayat 56).

Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila terdapat segelintir Muslim yang berasa bangga tatkala melakukan dosa, sehingga ada mendedahkan dosa dan keaiban sendiri tanpa segan silu. Ditambah dengan kemudahan media sosial yang canggih pelbagai bentuk dosa dan keaiban peribadi disebarkan mengikut nafsu dan perasaan. Hal ini sungguh dikesali dan perlu dibanteras daripada berleluasa. Islam melarang setiap hambanya mendedahkan dosa dan keaiban peribadi. Ketetapan ini ada hikmahnya iaitu sebagai pelindung diri yang melakukan dosa selepas ditakdirkan kembali ke jalan Allah.


Pada ketika itu, dosa dan keaiban lalu tidak akan menjadi penghalang untuk bertaubat dan membina kekuatan meneruskan kehidupan berlandaskan hidayah dan petunjuk Allah. Sebenarnya dalam Islam tiada seorang pun yang dinafikan haknya untuk bertaubat kepada Allah, melainkan mereka terjerumus ke lembah kekufuran. Allah dengan sifat Maha Pengampun dan Maha Mengasihani membuka  pintu keampunan seluas-luasnya kepada manusia. Jangan ada yang berputus asa daripada rahmat-Nya yang Maha luas.


Justeru hidayah dan keinsafan dianugerahkan Allah jangan sesekali dipersia-siakan Firman Allah dalam Al-Quran bermaksud: "Katakanlah: Wahai para hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa ; sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. " (Surah az-Zumar, ayat 53).


Pada masa yang sama, setiap Muslim dilarang menyebar dosa dan keaiban peribadi orang lain. Langkah terbaik adalah memberi nasihat kepada individu terbabit agar segera bertaubat dan meninggalkan perbuatan dosanya. Rasulullah SAW memberi amaran kepada setiap Musllim agar tidak tercari-cari dan menyebarkan dosa serta keaiban peribadi orang lain sebagaimana sabdanya bermaksud : "Janganlah kamu mencari-cari keaiban orang Muslim, Allah akan mendapat keaibannya. Sesiapa yang Allah dapat keaibannya, maka didedahkan, sekalipun di dalam rumahnya," (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud). 



TUAN TANAH KEDAUNG

Assalamualaikum . please be nice here :)

sweeteighteen from Selangor :) Dip in Pharmacy at GEOMATIKA UNIVERSITY COLLEGE ღ
MUSIC PLAYER


FOLLOWERS


DON'T FORGET TO CLICK THIS BUTTON BELOW

FOLLOWER CODE
CREDIT
Skins was made by Dirah Sor
Header was made by Ceknisasapet
Helped by Candy Ersynx
Re-edit by YOUR NAME
Copycats & Spammer, I will repote to the police station!