![]() ![]() Friday, 25 October 2013 • 09:24 • 0 comments ![]() Tak kisah sama ada mahal atau murah, tentu si dia menerimanya dengan tangan yang terbuka. Yang penting pasangan sentiasa ingat tarikh itu.
TIPS MEMBERIKAN HADIAH
Memberikan hadiah adalah salah satu cara untuk mengungkap perasaan sayang kepada insan teristimewa.
1. Kemas satau bungkus hadiah sebaik mungkin agar si dia yang merimanya akan rasa lebih senang dan tertarik meskipun hadiah di dalamnya hanyalah biasa-biasa saja. Selain, membuatkan perasaan melonjak gembira apabila menerima hadiah dan si dia akan lebih menghargai pemberian hadiah itu.
2. Memberikan hadiah pada hari penting atau hari yang istimewa buad dirinya. Kerap melakukan kejutan memberi hadiah pada hari lain sebagai tanda dia dihargai.
3. Jika ingin memberi seseorang itu hadiah haruslah dengan hati yang tulus ikhlas.
4. Jika sudah memberi hadiah, tidak sesekali mengungkit dan membicarakan pemberian hadiah yang diberikan serta tidak meminta untuk dibalas.
PEMBERIAN BUNGA
Bunga adalah salah satu cara orang lelaki pada zaman 80-an memberi hadiah kepada pasangan wanita ketika menyambut ulang tahun kelahiran. Jika diimbas kembali, bunga juga sebagai simbol untuk melamar kekasih sebagai teman sehidup semati. Namun, peredaran era memperlihatkan perubahan sehingga pemberian bunga bukan lagi satu ikutan terutama golongan muda.
Pemberian bunga juga dianggap sebagai 'taktik lama' dan tak mengikut perubahan zaman. Jika kita lihat dalam drama Melayu, tidak ada lagi babak pemberian bunga. Jika ada sekalipun, mungkin cerita lama. Tapi jika pasangan itu memang dilahirkan mempunyai naluri romantis dan ingin menunjukkan kasih sayang dengan cara nenberian bunga, mungkin anda dalam kalangan yang bertuah.
PUISI CINTA
Sebut berkaitan puisi, sajak, syair, dan pantun, tentu ada yang menarik diri kerana tidak pandai menyusun ayat dalam kosa kata tertentu. Lantas, mengelak jika ada teman rapat memberi cadangan itu. Jika menerima cadangan itu sekalipun, barangkali melantik atau memberi upah kepada teman lain yang bijak dalam mengarang puisi. Namun, tak dihebohkan kepada kekasih, nanti tak mahu pula dia menerimanya.
Maklum saja, wanita memang dilahhirkan mempunyai naluri halus dan mudah tersentuh jika teman lelakinya memberi kata-kata pujangga begitu. Takkisah siapa yang mengarang, asalkan ada dan ia menampakkan kesungguhan lelaki untuk menarik hati wanita. Sejak lahir kecanggihan Internet, mereka yang dilamun cinta tidak perlu mengarang puisi, tapi hanya salin semula ayat-ayat itu.
Namun jangan sambil lewa ambil, seharusnya teliti maksud yang disampaikan dan tidak lupa untuk menyatakan sumber yang diambil, lucu!. Malah ia lebih memudahkan seseorang itu daripada mengarang puisi panjang kerana hasil tangan sendiri belum tentu dapat dirasai dan difahami oleh sang kekasih. Meskipun, ada yang mengambil keputusan untuk memberikan hadiah dalam bentuk puisi, jangan pula kecut perut jika kekasih inginkan puisi daipada ilham anda sendiri. Namun tak jadi masalah buad mereka yang memang berbakat.
![]()
|
TUAN TANAH KEDAUNG
![]() MUSIC PLAYER
FOLLOWERS ![]() FOLLOWER CODE CREDIT
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |