![]() ![]() Friday, 29 November 2013 • 07:45 • 0 comments ![]() Islam melarang keras kita menceritakan aib orang lain, malahan kita juga dilarang dari menceritakan aib sendiri .
Setiap umat Aku diberi keampunan oleh Allah SWT melainkan orang yang mujahirah.
Yang dikatakan orang yang mujahirah itu ialah dia melakukan sesuatu amalan
yang aib pada malam hari, kemudian pada waktu pagi dalam keadaan Allah
menutup keaibannya, dia berkata, wahai polan, aku telah melakukan perbuatan
itu dan ini malam tadi .. Sedangkan Allah SWT telah menutup aibnya pada
malam hari, sebaliknya apabila pagi dia menghebahkan pula perkara
yang Allah telah tutup untuknya.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Rasullulah SAW juga ada bersabda.
Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah.
Sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya
dengan tutupan Allah.
Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji yang dilakukannya
kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah
diperintahkan oleh Allah Azzawajalla.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Hakim)
Imam al-Syafi'i pernah berkata.
Sesiapa yang menasihati saudaranya dengan tetap menjaga
rahsianya bererti dia benar-benar menasihatinya dan
memperbaikinya. Sedangkan yang menasihati tanpa menjaga
rahsianya, bererti telah membuka aib dan menagkhianati saudaranya.
(Sahih Muslim)
END
![]()
|
TUAN TANAH KEDAUNG
![]() MUSIC PLAYER
FOLLOWERS ![]() FOLLOWER CODE CREDIT
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |